23 March 2009

HEY LELAKI

kata orang perempuan mudah terpedaya
kata orang perempuan selalu jadi mangsa
mangsa tipu daya
lelaki yang rupa buaya
ingatlah gadis
jangan dah terkena baru nak nangis
memang lelaki mulut manis
bila dirayu cubalah tepis
jaga maruah dan permata
jangan biar dok sepah merata-rata
INGAT!!
bagi lelaki yang nafsu singa
kami pun punya kuasa
cubalah datang ratah
kalau rasa nak kena belasah
ingatlah lelaki
kami bukan bateri lemah
kalau terasa nak makan kaki
cuba dekat
kami takkan mengalah
AWAS YAAA!!

bersama kau yang bijaksana

aku sederhana
bersama kau yang bijaksana
disulami tawa dan sumpah setia
hati gembira dan kita bahagia

wahai sayang
setialah bersamaku
janjilah sayang
kau takkan berdusta menduakanku

yakinlah aku tetap milikmu
kerana cinta kita yang kuat
pasti ku akan tenang disampingmu
kerana kau lelaki terhebat

aku sederhana
bersama kau yang bijaksana
disulami tawa dan sumpah setia
hati gembira dan kita bahagia

pasti

wahai kasih
wajah tenang mu ku ingat selalu
saat lirik cinta menari dengan nada
bersaksi bulan purnama
terciptalah lagu rindu
kutitip ikhlas hanya buatmu
cuba engkau dengarkan

gapai tanganmu
sambut kasihku
ku pasti akan datang
pejamkan matamu
saat engkau jatuh
duka mu pasti hilang
peluk tubuhku
tika engkau rapuh
kau pasti akan senang
kerana engkau cinta sejatiku
kiriman Ilahi
hanya engkau yang satu

biarkan mereka cemburu...sayang
tanda agung cinta setia
sampai syurga aku sayang
hanya takdir pemisah kita
aku selalu sepi
menanti cinta suci yang abadi
hingga terasa ketewasan diri
dalam setiap jejak
yang cuba aku warnai
apakah harus aku berhenti?
dalam pencarian sang cinta
atau terus membisu
hingga diri tertipu?
dan sesungguhnya
aku menagih kasih dari insani
yang sememangnya fitrah
dalam setiap jiwa yang dihembuskan nyawa
ya Tuhan...
dekatkanlah aku dengannya
yang tulus hati
mencintai aku apa adanya
sejenak ku berhenti
mencari apa salah diri
adakah kerana hati aku jadi begini?
atau nafsu yang sering menguasai

kedukaan yang kubawa
keperitan hati yang ku rasa
hinggakan terlerai keeogan
dalam diri seorang hawa
tiada siapa yang peduli....

dan apabila bayang-bayang tunduk simpati
ratap dan tangisi
tanpa menunding jari pada diri ini
lalu aku rebah....
lemah...
dan semakin lemah...