29 April 2009

CINTAKU DI SYURGA

lelah ku mengejar cinta
pasrah ku menanggung kasih
puas ku merawat luka
meratapi kehancuran
cinta yang tidak kesampaian

Ya Tuhan
aku masih sendiri
semalam, kini dan selamanya
temukan aku cinta di Syurga
yang telah Kau janjikan bahagia
agar diri ini
tak kempunan menikmati hebat cinta

18 April 2009

TAK MUNGKIN

tak mungkin kau akan jadi milikku
tak mungkin diri ini untuk cintamu
tak mungkin kau sedari kehadiranku
kerana dirimu terlalu hebat untukku
kerana cintamu terlalu mahal bagiku
dan kerana dirimu terlalu agung pada perempuan itu

sayangku...

izinkan cinta ini melintas di hatimu
walau hanya sekilas ia berlalu
haruman kasihmu masih dapat ku hidu
genggam erat tanganku
walau hanya sedetik ku rasa kehangatanmu
kerana ku inginkan cinta itu
cinta yang tak mungkin jadi milikku

dan kerana....

dalam mimpiku kaulah milikku
tetapi dalam hidupku kau hanyalah impianku

17 April 2009

CINTAKU SATU

aku tak sanggup sendiri
ku perlukan dirimu disisi
ku perlukan cintamu di hati
menemani jiwaku yang sepi
hiburkan laraku yang kian mati

aku tahu aku cintamu
tapi berat untukku mengaku
aku tahu kaulah kekasihku
tapi mengapa diriku kian kaku
kaku akui kaulah cintaku

aku takut akan kehilangan dirimu
tapi lagi takut akan kehilangan cintamu
mimpi malamku diulit wajahmu
hari siangku sengsara rindu kehadiranmu

bilakah dapat ku mendengar suaramu?
bilakah dapat ku bersua denganmu?
walaupun ku tahu
cinta yang jujur tak semestinya bersatu

ya Tuhan
Kau Maha Tahu
tenangkanlah diriku
kuatkan imanku
teguhkan peribadiku
kerana CINTA ku hanya SATU